Rock The Vote!

Rock The Vote!

Rock The Vote! Malaysia adalah satu inisiatif anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia dan Saron Production untuk menarik golongan muda-mudi yang lazimnya ‘anti’ macam-macam untuk mendaftar sebagai pemilih dan menjadi pengundi berdaftar :) Untuk maklumat yang lebih lanjut daripada apa yang dipaparkan di blog ini, sila emel rockthevote.my [at] gmail [dot] com.

[Tambahan 1] – Layari acara Rock The Vote! Malaysia di Facebook.

[Tambahan 2] – Ikuti langkah-langkah di sini supaya anda hanya perlu memberi sumbangan minima RM10 untuk menyaksikan gig Rock The Vote! Malaysia.

[Ralat 1] – 1800 yang akan beraksi di Pulau Pinang sebenarnya 1300. Tolak 500 :)

[Ralat 2]Flyer sekarang ada waktu bermula gig.

[Ralat 3] – Alamat laman sesawang di flyer telah dibetulkan.

Sibu: P212 – Pertandingan 3 Penjuru?

Satu lagi pilihanraya kecil bakal berlangsung di Sibu, Sarawak pada 16 Mei dengan penamaan calon pada 8 Mei. Dengan kematian Datuk Robert Lau Hoi Chew, kerusi parlimen Sibu telah kosong. Siapa bakal menjadi pilihan rakyat? Calon DAP/PR – Wong Ho Leng? Calon SUPP/BN – Robert Lau Hui Yew? Atau calon bebas, Narawi Haron?

Ayuh orang muda! Ramai-ramai kita keluar mengundi nanti pada 16 Mei.

Rock The Vote! Pulau Pinang – 8 Mei 2010

Rock The Vote! Pulau Pinang

Tinggal 2 hari lagi sebelum Rock The Vote! Pulau Pinang berlangsung! Maklumat gig adalah seperti berikut.

Lokasi:
Soundmaker Studio, Tingkat 3, 62 Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.

Masa:
3 petang hingga 10 malam.

Kugiran:
Sharpshooter, Hui Se Di Dai, Amnesia, Paid In Fiction, Predicate Not Defined, Auburn, Fish Eye, Eyes Of Skadi & 1300.

Oleh kerana sebab kesihatan, Azmyl Yunor tidak akan beraksi di Pulau Pinang. Kami harapkan Azmyl akan kembali sihat secepat mungkin.

Laporan: Rock The Vote! KL

Hampa. Sambutan yang dingin dari orang muda Kuala Lumpur. Mungkin kerana pelbagai sebab; hujan lebat, ada konsert Double Trouble dan Tokio Hotel, mungkin malas ambil tahu? Hanya 13 orang mendaftar sebagai pengundi.

Walaupun sambutan kurang baik, kami berterima kasih kepada yang hadir dan yang mendaftar sebagai pemilih. Anda telah mulakan langkah ke dunia baru :) Perhentian seterusnya, Pulau Pinang!

Aminul Rashid Amzah

Aminul Rashid Amzah

[Tambahan 1] – Kami tahu post ini tiada kaitan terus dengan usaha kami untuk mendaftarkan pengundi baru, tetapi kami terlalu terkilan apa bila membaca berita mengenai pembunuhan ini kerana kesalahan si mati belum terbukti lagi.

Ingati muka Aminul yang hanya berusia 15 tahun, yang sudah tiada di dunia ini. Walau apa pun keadaan kejadian yang berlaku, kenapa polis yang menembaknya hanya di tukar ke tugasan pejabat?

Bandingkan laporan di Berita Harian dan Free Malaysia Today. Kemenduan sebegini akan mendorong kepada pelbagai jenis cerita, mungkin yang sahih, atau mungkin rekaan. Kami mengharap siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis dan kami merakamkan takziah untuk keluarga Aminul.

Baca dengan lebih lanjut di blog Best1of4.

SPR Mewartakan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2009

SPR telah mengeluarkan penasihat untuk meminta mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun lepas untuk menyemak Daftar Pemilih Tambahan di http://daftarj.spr.gov.my/rangdpt12010/

Kenyataan akhbar SPR mengenai ini boleh didapati di sini [pdf].

Kami mengesyorkan Sumatra PDF reader untuk membaca fail PDF.

BN Menang Di Hulu Selangor

Grafik Uraian Jumlah Undi

Calon MIC/BN menang. Tahniah kepada 75.24% pengundi berdaftar yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Berapa ramai orang muda yang keluar mengundi ya?

Imej di ‘pinjam’ dari The Malaysian Insider.

Hulu Selangor: P94 – Siapakah Gerangan Pilihan Hati Rakyat?

Kicauan riuh-rendah di alam Twitter. Oh! Siapakah gerangan pilihan hati rakyat? Zaid Ibrahim (PKR/PR) atau Kamalanathan (MIC/BN)? Ikuti perkembangan terkini di anilnetto.com

Rock The Vote! KL – 1 Mei 2010

Rock The Vote! KL

Apa khabar kawan-kawan? Ini dia maklumat untuk gig pertama dalam siri Rock The Vote!

Lokasi:
Number One Café, Jalan Tunku Abdul Rahman (sederet dengan Tune Hotel)
Masa:
4 petang hingga 10 malam

Kugiran:
Goodbye 20th Century!, Car Crash Hearts, Polaris, Rollin’ Sixers, NAO, PUNAHRANAH, GXSX & RAV.

[Tambahan 1] – Oleh sebab yang tidak boleh diduga, GXSX terpaksa menarik diri. Haraf maaf. Kyoto Protocol dan Bluestreats akan menggantikan tempat GXSX.