Rock The Vote! Malaysia adalah satu inisiatif anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia dan Saron Production untuk menarik golongan muda-mudi yang lazimnya ‘anti’ macam-macam untuk mendaftar sebagai pemilih dan menjadi pengundi berdaftar :) Untuk maklumat yang lebih lanjut daripada apa yang dipaparkan di blog ini, sila emel rockthevote.my [at] gmail [dot] com.
[Tambahan 1] – Layari acara Rock The Vote! Malaysia di Facebook.
[Tambahan 2] – Ikuti langkah-langkah di sini supaya anda hanya perlu memberi sumbangan minima RM10 untuk menyaksikan gig Rock The Vote! Malaysia. [Ralat 1] – 1800 yang akan beraksi di Pulau Pinang sebenarnya 1300. Tolak 500 :)
[Ralat 2] – Flyer sekarang ada waktu bermula gig.
[Ralat 3] – Alamat laman sesawang di flyer telah dibetulkan.



Komen saya adalah tentang flyer merah yang berlatarbelakang putih di atas, bahagian bawahnya.
Maksud “RM10 untuk pengundi berdaftar” kurang jelas dan mungkin mengelirukan, cadangan saya lebih cenderung kepada “RM10 untuk pesta muzik yang mendaftarkan pengundi baru”, ataupun saya memang salah anggap tentang perkara terbsebut?
Website yang tertera itu berlebihan satu huruf “s” berbanding dengan blog yang saya layari sekarang, mana satu betol??
Liumx,
Terima kasih untuk komen anda. Alamat laman sesawang yang tertera itu memang ada silap. Syabas! Mata anda memang tajam! Saya telah membetulkannya.
Hasbee