Jikalau anda sudah mendaftar sebagai pengundi dan anda ingin menyemak butiran anda, ikutilah langkah-langkah berikut.

Pertama – layari http://daftarj.spr.gov.my.

Langkah Pertama

Kedua – pilih bahasa kegemaran anda :)

Langkah Kedua

Ketiga – isikan nombor MyKad anda dan klik “Semak”.

Langkah Ketiga

Keempat – semak butiran yang terpapar. Jikalau ada kesilapan, hubungi SPR.

Langkah Keempat

Dan kelima – bagi yang hendar hadir ke acara Rock The Vote! Malaysia, klik “Cetak” dan bawa sekali butiran anda ke gig supaya anda hanya perlu memberi sumbangan minima, iaitu RM10 seorang. Kami akan menyemak butiran anda di lokasi gig.

Langkah Kelima

Anda juga boleh menyemak butiran anda melalui sistem pesanan ringkas. Taip “SPR SEMAK Nombor MyKad” anda (contoh SPR SEMAK 791119134511) dan hantar ke 15888. Laman sesawang SPR tidak pula menyatakan berapa bayaran untuk setiap semakan melalui sistem pesanan ringkas.

Bagi yang baru mendaftar pada suku terakhir tahun 2009 (Oktober hingga Disember), anda boleh menyemak pendaftaran anda di http://daftarj.spr.gov.my/rangdpt12010/rang.aspx.

Bagi yang baru mendaftar pada tahun 2010, kemungkinan besar butiran anda belum lagi dimasukkan di dalam rang daftar pengundi oleh kerana SPR hanya mengemaskinikan rang daftar setiap suku tahun. Sila bawa salinan borang pendaftaran anda untuk penyemakkan di lokasi gig.

[Tambahan 1] – Semakan melalui sistem pesanan ringkas SPR akan dikenakan bayaran 20 sen.