Rock The Vote! Malaysia adalah satu inisiatif bukan partisan untuk menarik golongan muda untuk mendaftar sebagai pengundi. Misi kami adalah untuk membangunkan kekuatan politik golongan muda dengan menggunakan muzik untuk menarik golongan muda untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam piliharaya. Kami memberikan akses kepada orang muda untuk mendaftarkan diri, alat-alat untuk mengenalpasti, mempelajari, dan mengambil tindakan pada isu-isu yang mempengaruhi kehidupan mereka, dan memanfaatkan kekuatan mereka dalam proses pentadbiran negara.